Thursday, March 31, 2011

latest!!!

There will be no update from me for a while as i had some difficulties.Sorry for any inconvenient.Do leave your link and follow my blog.Thanks.



Photobucket

Tuesday, March 22, 2011

fake profile

Aku rasa benda ni dah banyak and berleluasa.Pasal FB la.Nak famous guna gambar orang lain dan palsukan nama.Ni semua kes nak menggedik,mencapap,mengade2 dan yang sewaktu dengannya.Lepastu yang selalu buat macam ni,perempuan.Aku bukan lah nak bermulut jahat kan.Selalu yang buat fake profile ni yang muka takbolebela.Dan agak melampau okay,bila kau curik gambar orang then mengaku yang dalam gambar tu engkau.Sangat keji weyh perangai.Kalau curik je takpe,tapi kalau dah sampai kes tipu2 duit ke apa ke.Memang jahanammulia lah perangai kau.

And aku memang tak boleh la kalau jumpa perempuan yang buat macam ni.Rasa macam, WTH budak ni.Dah la kau ciplak gambar orang and mengaku tu gambar kau, dah tu semua jantan kau layan.Macam seorang budak ni.Nak guna gambar model je.Korang tgk la sendiri gambar kat bawah ni.Berangin tak?


 Jalak Jejaka tu tak bole bela weyh,sebab setiap gambar kat profile budak ni die komen.Percaya sangat.



Dia kata aku jeles dengan dia sebab dia buat wall post dekat seorang kawan lelaki aku.Motif!?
>_<




Kau boleh tengok betapa budak ni bangang sangat.Dah kantoi pun still nak deny ke?Kalau aku dah close account dah.Dah la profile dia tak private langsung.Memang sengaja tak private ke dik!?Huh,dasar!Nak publisiti betol!Aku hantar Abang Nas terjah kau,tak terjawab kang.




Harini dia buat wall post dekat aku.Hahahah, tak paham weyh.Mungkin aku ni jahat.Siap post link FB yang Ori dekat profile dia.Dia boleh pulak buat wall post baik2 dekat aku.Tak paham and tak lawak weyh.kahkahkahkah :D




potpetpotpet ;  Siapa rasa dia terror, rasa2 nak tgk fake profile tu,aku ada kepilkan link dia dekat one of those picture.Selamat mencari >_<



Photobucket

Friday, March 18, 2011

Tsunami

TOKYO: Paras radiasi di loji nuklear Fukushima meningkat ke tahap bencana semalam, memaksa pekerja yang berusaha menangani kebocoran radiasi meninggalkan kawasan itu untuk menyelamatkan diri.
Pegawai yang cemas memindahkan 50 pekerja awal pagi semalam selepas penggera di loji itu mengesan tahap radiasi mencapai tahap berbahaya kepada kesihatan manusia.

Helikopter tentera kemudian dikerah cuba mengatasi kebocoran lebih buruk dan menyejukkan reaktor terbabit dengan mencurahkan air dari udara.

Kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku bencana yang amat dahsyat meningkat seiring dengan kenaikan tahap radiasi dan pakar memberi amaran, loji di Fukushima itu kini menjadi ancaman nuklear hampir sama seperti peristiwa Chernobyl.

Lebih 140,000 penduduk dalam lingkungan 30 kilometer dari loji itu diarah supaya tidak keluar rumah sementara 180,000 yang tinggal lebih hampir dengannya sudah dipindahkan.





Fakta Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun;

  • gegaran yang paling kuat dalam tempoh 140 tahun
  • kekuatan gempa ialah 8.9 pada skal richter
  • gempa bumi kelima terkuat di dunia sejak 1900
  • 8,000 kali lebih kuat berbanding gempa yang melanda New Zealand bulan lalu
  • 700 kali lebih kuat dari gempa yang melanda Haiti tahun lalu
  • Pulau Honshu begerak 2.4 meter ke timur akibat gempa tersebut
  • Menurut NASA, bumi berputar lebih cepat 1.6 mikrosaat (putaran bumi tidak cukup 24 jam)
  • Dasar laut musnah sepanjang 300km dan selebar 150km
  • Plat elektronik gergasi terperosok ke bawah plat lain, pergerakan yang sama ketika berlakunya Tsunami di asia pada tahun 2004
  • Kuasa yang terhasil dari gempa ini bersamaan dengan kuasa selama sebulan di seluruh US
  • Sistem amaran Jepun memberikan penduduk tempoh lebih kurang 15saat untuk berlindung sebelum berlaku gegaran.
  • 10,000 penduduk kampung di Miyagi dilaporkan hilang.
  • Penganalisis berpendapat ekonomi jepun akan terjejas dan mengambil masa yang lama untuk pulih. Jepun adalah antara negara ekonomi maju yang mempunyai hutang yang paling banyak di dunia.
  • Loji nuklear di Fukushima meletup akibat gempa. 5 lagi kawasan loji nuklear diisytihar darurat.



              AzwanAnuar.com




Photobucket

Wednesday, March 9, 2011

English

Tajuk macam ape tah kan.Ingat nak buat Micro-teaching ke?Well,no actually.Tiba2 harini terasa macam nak berbahas pasal importance of English language.

Ilham dapat masa discussion dalam kelas tadi.Kena pilih tajuk untuk research.At first one of my friends usulkan untuk buat tajuk student impression towards English language.Aku tak tahu la orang lain tapi surrounding aku bila cakap pasal English itu macam nightmare bagi mereka.Sebab bagi mereka itu bahasa asing yang susah mereka nak adapt.Diorang rasa susah nak belajar English language.

Itu satu.Ada jugak certain people yang anggap English language ni bahasa penjajah.Tak perlu belajar bahasa penjajah.For them learning English language is pointless.Zero,tak ada benefit.

This is my opinion la.Saja aku nak share.Bagi aku English language ni sangat2 penting.Lagi2 untuk student kan.Kalau tak fluent pun tahu la basic and boleh cakap dengan jelas, clear.Sebab sekarang even nak kerja pun ada certain2 company yang pentingkan bahasa inggeris.Nanti nak interview pun dalam English.Kalau tak tahu macam mana tu.

Dan bagi yang cakap susah nak belajar English ni, korang suka dengar lagu English kan.Suka justin bieber kan.Ha,manfaatkan la dari situ.Ada yang siap hafal lirik.Rajin2 kan lah rujuk kamus tengok perkataan yang korang tak faham.And Cuba untuk communicate in English selalu.Belajar English tak susah pun.Banyak cabang kalau betul2 nak belajar.Belajar maksud aku bukan lah kau betul spesifik.Cukup sekadar kau boleh communicate.Boleh faham apa yang orang cakap and kau pun boleh respon balik dengan jelas.

Lecturer selalu cerita pasal kelas course lain yang dia ajar.aku bagi contoh ye.

Lecturer: Do you mind help me carry my bag?
             (Awak kisah tak kalau tolong angkat beg saya?)

Student: (sambil tersengih)...heeee,yes,yes.
             (suppose dia jawab no means dia tak kisah)

Lecturer: Oh,so awak tak boleh tolong ye?

Student: Eh,boleh2.

Madam cakap macam kesian gila.Sebab dia tak faham.Madam cakap diorang macam tak ambil kisah pun pasal proficiency diorang.Kalau la terserempak tourist.And they ask for direction.Macam mana nak jawab?Nak tersengih macam kerang busuk ke nak bagi diorang direction yang salah or abaikan diorang.Bayangkan kalau korang kat tempat dia.Kau kat negara orang ni.Nak cari tempat sendiri tak tahu.Tanya orang bagi direction salah pulak.

And ada certain2 people annoy dengan orang yang boleh speaking ni.Aku bagi contoh situation aku and kawan2.Bila kami speaking sesama kami, orang akan cakap and buat muka yang aku dapat baca captiong hati dia yang berbunyik-"Mak aih.Cakap Omputih", "Berlagak betul cakap Omputih", "Perasan nak jadi Mat Saleh la tu", "Walaweyh,Mat Saleh Celup la", and etc.

So buang la negative thinking towards English ni jauh2.Tak salah pun belajar bahasa asing ni.Kan ada pepatah, "tuntutlah ilmu hingga ke negeri China".


potpetpotpet: Aku tak rasa habis Diploma nanti aku akan sambung TESL.Sebab ini yang ma aku nak,bukan aku.Plan nak sambung culinary art.Hope dapat achieve impian aku, nak ada kedai kek sendiri.Semoga tercapai.Amin~.


Photobucket

Monday, March 7, 2011

Faceblog

Ho yeah.Terbaik weyh g class pagi ni,sampai2 je terus Miss kata kelas dismissed.Itu sangat2 sengal ye sebab sebelum tu aku main kejar2 dengan Miss, sebab nak masuk kelas before dia.Dah la pintu depan fakulti tu kunci.Heh, ending dia Miss ganti kelas hari ni dengan besok,7 jam.Hah!kau mampu nak pergi kelas 7 jam?Okay tutup mukadimah.

Tadi blogwalking.Lepastu terjumpa la satu blog ni.Dia lebih kurang macam Geng blogger la tapi lain sikit.Faceblog nama dia.Faceblog ni tujuan dia nak membina komuniti blogger dari seluruh Malaysia.Mengeratkan ukhuwah antara blogger la lebih kurang.So aku pun join.SAYA MENYOKONG FACEBLOG!
*he'eh..tetibe je kome ye...


 Klik je gambar ni.Korang akan direct terus ke Faceblog.



Nanti bila dah sampai klik yang macam aku tunjuk tu.Kalau nak join taw.Kalau tak nak join pun takpe.Tiada paksaan macam admin cakap.Tapi janganlah pulak pergi buat entry pasal tak suka Faceblog.Tak elok okay.Kalau tak suka diam2 je.


Ha,korang join taw.Mana tahu ada benefit yang kita tak taw.Kot2 admin nak bg hadiah ke,holiday ke =p
*banyak cantik muka aku kan...


Yours truly,
Photobucket

Sunday, March 6, 2011

Entry bakal calon-calon suami

Kalau korang tanya aku buat entry ni, dah nak kawen ke?Jawapannya ha'ah.Kenape?teeetttttt.
ha, dasar.Boyfie pun tak ada nak kawen ke?

So,siapa yang tak ada boyfie lagi boleh join aku buat research pasal calon2 suami =p

Calon yang macam mana yang anda semua nak.Ok,bila tasha tunjuk gambar setiap calon,cepat2 cabut bulu ketiak then layangkan ke atas ye.Siapa cepat dia dapat *demm,huduh prangai.Silap2 mak dia reject terus.



 Calon pertama :
Masih mudahensemterhangatmeletupkebaboom
Dengan kerjaya sebagai pengarah yang sedang meningkat naik,perempuan mana yang berani reject dia?




Calon kedua :
Im Seulong24
Masih muda jugak,
Penari Penyanyi Kpop yang sedang dipuncak popular
Badan bergetah dengan 6pax.Sedangkan lelaki pun suka badan yang sebgini rupa,anda kaum wannita pula bagaimana?




 Calon ketiga :
Fahrin Ahmad30 tahun (agak tua tapi hensem lagi =p)
Pelakon
Tinggi,tegap.
Dengar cerita beliau ini baik orangnya.
Calon pilihan makcik2 untuk anak mereka.




Calon keempat :
Penjaga gol pasukan bola sepak Malaysia
Eh,eh.
Salah.Yang ini da ada Girlfie.
Mati aku X_X




Haa,yang mana calon pilihan korang?Kalau aku lah kan.Daripada atas tu seorang pun aku tak pilih.Huahua.Bukan type aku ye.

Aku bukan memilih dalam nak kenal dengan someone yang berpotensi jadi boyfie aku.Aku bukan carik paras rupa okay.If ye,someday dah sampai seru.Tasha nak type lelaki yang macam kawan I, Hana Tajima.




Introducing, kesayangan Hana Tajima.





Type lelaki yang macam ni,susah nak cari okay.Eksklusif! Seriously weyh.He is totally different.Beliau bukan jenis yang nak angkut anak dara orang ke hulur hilir tak tentu pasal.Aku cerita kat mak pasal kawan aku n boyfie dia ni terus mak aku jadi peminatkipassusah mati beliau.Ha,calon2 di atas, mampukah anda untuk buat mak saya jadi peminatkipassusahmati kalian?heeh!?


Okay sambung cerita.Kami panggil dia cikgu.Dia bukan sebarangan lelaki okay.Kalau kau rasa nak tackle and rampas dia dari Hana Tajima, dalam mimpi pun kau takkan dapat.Because he is a man who stand for his loyalty.Setia.Itu yang paling penting okay.Cikgu sangat2 matang dan sangat2 menjaga kawan saya.Setiap kali keluar mesti baju Hana Tajima akan ditegur.Agak2 tak senonoh sikit dia marah weyh!Diorang da couple for almost 5 year tapi sekali pun cikgu tak pernah sentuh dia.Ha,jantan ke tak!?Calon2 di atas mampu ke buat macam beliau?Then kalau keluar sama2 yang akan ingatkan waktu solat pun cikgu jugak.

Si Hana Tajima tu selalu mengadu.Dia cakap cikgu tak best,skema.Tapi itu yang terbaik sebenarnya.Lelaki yang baik adalah lelaki yang menjaga dan menghormati perempuan.Untung sangat.Tak lama lagi both of them bakal mengikat tali pertunangan.Semoga mereka kekal sehingga akihir hayat.Amin.



your truly,

Photobucket




Friday, March 4, 2011

K.A.W.A.N

Saya sayang kawan saya.Mereka terima saya kembali walaupun saya pernah khilaf.Yang tak berdendam dengan saya,yang tak pretend terima saya balik tapi belakang saya memburukkan saya sebab marah yang masih bersisa.Tapi at least saya orang yang tahu serik.Yang tak tanam pokok pisang yang boleh berbuah dua kali.Sekarang saya dah nampak siapa KAWAN and siapa LAWAN.Kadang2 orang yang sentiasa bersama kita,yang dengar keluh kesah kita itu bukan KAWAN.Tak tahu nak describe macam mana.Tapi rupanya sambil dengar ada niat lain rupanya.Tak tahu lah dia memang berniat atau tak, yang penting saya sakit hati sangat.Saya tak maksudkan lah semua.Cume sesetengah sahaja.

Mak selalu pesan elok2 dalam berkawan.Jangan mudah percaya orang.Tu lah kelemahan saya.Mudah percaya dan mudah kesian.Tapi prinsip saya,sekali saya terkena takkan ada kali kedua.Saya agak keras hati.Mak pun cakap.Sekali saya terkena sampai bila2 saya ingat.Bukan berdendam tapi saya cukup tak suka orang bercerita hal "dalam kain" saya.Sebab saya tak pernah menyibuk2 hal orang, atau nak memburukkan.Kalau ada pun itu luahan hati saya yang mana hal itu betul, bukan ditokok tambah.Sumpah saya marah tahap langit ketujuh sangat bila tahu there is someone talking bad things bout me.Yang sangat best bila cerita itu dibelok2 kan.Yang double best bila dia adalah orang yang saya sangat2 percaya.

Ok tutup cerita.Malas nak berleter panjang sebab its not worth it.Sebenarnya nak cerita al-kisah keluar dengan KESAYANGAN saya kelmarin.Sangat puas hati tapi masa sekejap sangat.Kami keluar pun dah petang, patut pun masa sekejap je. (>_<)


 after memenuhi perut





 while waiting for my limo to arrive =p





 OMG...they look gorgeous,just like me =p




 Promoting the washroom =p





 Yun Nam hair care 2011 ambassador





From right to left ; hana tajima,yuna,tiffany SNSD,che ti,che dia,maria ozawa
front ; che iah
=p





Yang penting saya seronok, puas hati dan lega jugak.Tak banyak nak cakap, tengok je lah gambar2 kami.Ini namanya K.A.W.A.N

Saya sayang mereka <3

potpetpotpet ; baru dapat tahu my mum is pregnant.Thankful but at the same time i worry bout my mum health condition.She is still 37 but masa beliau mengandungkan rania,beliau dapat kencing manis.Till the baby will born,I hope nothing happens =)