Wednesday, August 7, 2013

Puding Karamel Tanpa Telur

Assalam,


Aku mula makan dan "jatuh hati" dengan puding karamel ni first time masa beraya ke rumah kawan aku 5 ke 6 tahun yang lalu. Kakak dia yang buat. Seriously sangat sedapgilalemakberkrimrasakastardyangenakhabaqhanggg! Kemudian terus mengendeng tak tahu malu minta resepi. Once dah dapat resepi, baru ku tahu banyak betul guna telur + susu. Time makan tak hengat lepas dah tahu isi kandungan baru ku tahu erti penyesalan sobs sobs T_T


Oleh sebab suka sangat jadi aku pun cuba buat sendiri. Terpaksa sebenarnya sebab time tu takda lagi orang jual puding karamel ni. Kalau baca kaedahnya oohemmjiii rumit (cakap je malas sebenarnya -_-"). Lepastu sekarang dah banyakk orang jual, kat pasar malam dan certain restoran. Tapi susah aku nak cari rasa yang betul-betul aku nak. Ada yang rasanya cepat muak, ada yang berbau dan rasa hanyir telur ayam.


Tapi aku ni manalah reti bahasa. Lagi2 bab makan. Aku cari juga resepi puding karamel paling mudah, jimat(padahal kedekut), dan sedap. Akhirnya jumpa jugak lepastu terus jadi yang utama kalau nak buat dessert sampai seisi rumah aku dah boring sebab aku buat benda yang sama. Hahahah aku dulik apa janji aku suka HAHAHAH!

Boleh lah cuba resepi kedekut aku ni kalau nak mihmihmih :B



PUDING KARAMEL TANPA TELUR



Bahan-Bahan :



 10gram serbuk agar-agar
2 1/2 senduk gula (senduk nasi) untuk karamel
2 senduk gula (untuk bancuhan puding)
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
2 cawan air


Cara-cara :

1. Masak gula di atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak gula sahaja, tak perlu masukkan air. Sambil kacau. Bila gula sudah perang, tutupkan api dan terus tuang karamel ke dalam acuan. Ketepikan.


2. Masukkan air dan agar-agar ke dalam periuk.
3. Didihkan sehingga agar-agar larut.
4. Masukkan gula. Larutkan.
5. Kacau larutan agar-agar, gula dan air tadi.
6. Masukkan susu cair. Once dah masukkan susu terus kacau je tanpa henti.
7. Masukkan esen vanilla dan tepung kastard.
8. Terus kacau sehingga larutan sedikit pekat. (ini pandai-pandailah agak sendiri)
9. Tutup api dan tuang bancuhan puding ini ke dalam acuan yang dah berisi karamel tadi.
10. Sejukkan sebentar dan kemudian simpan di dalam peti ais.
11. Best serve chilled!





Senangkan? Lepas ni mak mertua datang beraya boleh lah hidang mihmih :B

Oh ya, kalau nak lebih rasa kastard, boleh lebihkan sedikit tepung kastard.

Selamat Mencuba! :)

xoxo

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN!





Photobucket

1 comment :