Friday, March 18, 2011

Tsunami

TOKYO: Paras radiasi di loji nuklear Fukushima meningkat ke tahap bencana semalam, memaksa pekerja yang berusaha menangani kebocoran radiasi meninggalkan kawasan itu untuk menyelamatkan diri.
Pegawai yang cemas memindahkan 50 pekerja awal pagi semalam selepas penggera di loji itu mengesan tahap radiasi mencapai tahap berbahaya kepada kesihatan manusia.

Helikopter tentera kemudian dikerah cuba mengatasi kebocoran lebih buruk dan menyejukkan reaktor terbabit dengan mencurahkan air dari udara.

Kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku bencana yang amat dahsyat meningkat seiring dengan kenaikan tahap radiasi dan pakar memberi amaran, loji di Fukushima itu kini menjadi ancaman nuklear hampir sama seperti peristiwa Chernobyl.

Lebih 140,000 penduduk dalam lingkungan 30 kilometer dari loji itu diarah supaya tidak keluar rumah sementara 180,000 yang tinggal lebih hampir dengannya sudah dipindahkan.





Fakta Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun;

  • gegaran yang paling kuat dalam tempoh 140 tahun
  • kekuatan gempa ialah 8.9 pada skal richter
  • gempa bumi kelima terkuat di dunia sejak 1900
  • 8,000 kali lebih kuat berbanding gempa yang melanda New Zealand bulan lalu
  • 700 kali lebih kuat dari gempa yang melanda Haiti tahun lalu
  • Pulau Honshu begerak 2.4 meter ke timur akibat gempa tersebut
  • Menurut NASA, bumi berputar lebih cepat 1.6 mikrosaat (putaran bumi tidak cukup 24 jam)
  • Dasar laut musnah sepanjang 300km dan selebar 150km
  • Plat elektronik gergasi terperosok ke bawah plat lain, pergerakan yang sama ketika berlakunya Tsunami di asia pada tahun 2004
  • Kuasa yang terhasil dari gempa ini bersamaan dengan kuasa selama sebulan di seluruh US
  • Sistem amaran Jepun memberikan penduduk tempoh lebih kurang 15saat untuk berlindung sebelum berlaku gegaran.
  • 10,000 penduduk kampung di Miyagi dilaporkan hilang.
  • Penganalisis berpendapat ekonomi jepun akan terjejas dan mengambil masa yang lama untuk pulih. Jepun adalah antara negara ekonomi maju yang mempunyai hutang yang paling banyak di dunia.
  • Loji nuklear di Fukushima meletup akibat gempa. 5 lagi kawasan loji nuklear diisytihar darurat.



              AzwanAnuar.com




Photobucket

3 comments :

  1. Salam.
    Saya ada beberapa orang kawan di sana, sib baik jauh dari pusat gempa dan tsunami.

    http://hasrulhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. sememangnya kita patut bersyukur dengan Malaysia.tengok di Jepun tu...Bencana menimpa memang rasa simpati sangat...tasha I dah follow blog you...follow me back...weee

    ReplyDelete
  3. hasrul ; kesian dengan diorang.macam mana la agaknye kat sane.mesti darurat..nak mkn mesti ssh,nak minum lg..dgr cter bahay radiasi tu makin tggi.

    regreatnosoul ; alhamdulillah sgt2 malaysia xde ancamn tsunami,gunung berapi etc.keadaan kat jepun teruk sgt.tp jepun mesti boleh atasi semue ni...negara diorang kan maju.ok,i'll follow u =)

    ReplyDelete